Dengar playlist penuh di sini
.
Isu orang ketiga dalam perkahwinan bukan benda baru di Malaysia. Dari kisah viral di media sosial sampai ke kes mahkamah, topik ni memang sensitif. Ada yang salahkan suami, ada yang salahkan isteri, dan ada yang terus serang “orang ketiga”. Tapi persoalannya, dari sudut undang-undang, boleh ke orang ketiga didakwa sebab ganggu rumahtangga orang?
Jom kita faham satu-satu, secara clear dan straight to the point.
Bagi perkahwinan bukan Islam, undang-undang yang terpakai ialah Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 (Akta 164).
Di bawah akta ni, memang wujud satu peruntukan yang membolehkan suami atau isteri menyaman pihak ketiga atas alasan:
Ini dipanggil tindakan sivil (civil suit), bukan kes jenayah. Maksudnya, orang ketiga tak masuk penjara, tapi boleh dikenakan bayaran ganti rugi (compensation).
Memang boleh failkan saman tapi rata-rata peguam akan bagitau, tak mudah nak menang. Mahkamah perlukan bukti kukuh, bukan sekadar WhatsApp mesra atau gambar makan berdua. Perlu bukti hubungan intim atau bukti jelas gangguan yang menyebabkan perkahwinan runtuh sebab orang ketiga. Dan kos guaman? Bukan murah. Jadi ramai yang akhirnya tarik balik kes atau selesaikan luar mahkamah.
Bagi orang Islam pula, isu rumahtangga terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.Undang-undang berkaitan berbeza ikut negeri, tapi kebanyakan negeri ada peruntukan tentang kesalahan “mengganggu wanita bersuami” atau “mendorong kepada perceraian”.
Contohnya di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, ada peruntukan yang menyentuh kesalahan berkaitan gangguan terhadap wanita bersuami. Namun, untuk sabit kesalahan, beban bukti sangat tinggi, perlu bukti jelas niat dan tindakan yang membawa kepada gangguan dan banyak kes tak sampai tahap sabitan.
Mahkamah Syariah juga lebih fokus kepada pembubaran perkahwinan, nafkah, hak penjagaan anak dan seumpamanya berbanding menghukum orang ketiga.
Boleh, tapi mencabar.Dalam praktik:
Kadang-kadang, walaupun orang ketiga “secara moral” bersalah, dari sudut undang-undang belum tentu cukup bukti untuk sabit kes.
Secara undang-undang dan moral, pasangan yang sudah berkahwin tetap bertanggungjawab atas komitmen mereka. Orang ketiga mungkin jadi faktor, tapi keputusan untuk berlaku curang tetap datang daripada pasangan itu sendiri. Kalau rumah tangga kukuh, orang luar susah nak masuk, dan kalau ada ruang dan retak, orang luar cuma “ambil peluang”.
Undang-undang memang ada ruang untuk bertindak terhadap orang ketiga. Tapi dalam realiti di Malaysia, penggunaannya agak terhad dan bergantung kuat pada bukti.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.