Dengar playlist penuh di sini
.

Pernah tak anda berdebat dengan seseorang yang bermula dengan kenyataan yang agak ekstrem. Bila orang bangkang tiba-tiba dia undur dan kata, “Eh, saya tak maksudkan macam tu pun. Saya cuma cakap benda yang biasa-biasa je.”
Dan anda pula yang rasa macam tertipu.
Itulah yang dipanggil The Motte and Bailey.
Istilah ini datang daripada struktur kubu zaman pertengahan. “Bailey” ialah kawasan luas di luar yang sukar dipertahankan. “Motte” pula ialah menara kecil di tempat tinggi yang lebih selamat.
Dalam dunia hujah, “bailey” merujuk kepada dakwaan besar, kontroversi atau radikal. Bila orang setuju, dia kekal di situ. Tapi bila diserang, dia lari masuk ke “motte” iaitu versi hujah yang lebih sederhana dan sukar dipertikaikan.
Contoh mudah?
Seseorang mula dengan:
“Semua ibu bapa yang hantar anak ke taska sebenarnya pentingkan diri.”
Bila dikecam, dia ubah:
“Maksud saya cuma, ibu bapa patut lebih banyak masa dengan anak.”
Nampak beza?
Yang pertama tuduhan besar dan keras. Yang kedua kenyataan umum yang hampir semua orang boleh setuju.
Itulah taktiknya.
Kerana ia mengelirukan.
Orang yang mendengar rasa seperti dia menyerang sesuatu yang salah. Padahal yang dipertahankan sudah berubah bentuk. Perdebatan jadi kabur. Akhirnya orang penat dan berhenti berhujah.
Di media sosial, taktik ini sangat biasa. Seseorang buat kenyataan panas untuk tarik perhatian. Bila orang kritik, dia kata orang terlalu sensitif atau tak faham maksud sebenar.
Dalam perbincangan keluarga pun boleh jadi.
Contohnya:
“Anak zaman sekarang lembik sebab tak kena rotan.”
Bila dibalas dengan hujah tentang psikologi kanak-kanak, dia undur dan ‘reword’ :
“Saya cuma maksudkan disiplin itu penting.”
Disiplin memang penting. Tapi itu bukan dakwaan asal.
Kerana ia menghalang dialog jujur.
Kalau seseorang benar-benar mahu mempertahankan pendiriannya, pertahankanlah hujah asal. Jangan lari ke versi lebih selamat setiap kali ditekan.
The Motte and Bailey menjadikan perbualan tak matang. Orang tak lagi fokus mencari kebenaran tetapi mencari cara untuk “menang”.
Pertama, perasan perubahan itu.
Kalau seseorang ubah hujah, tanya dengan tenang:
“Tadi awak cakap X. Sekarang awak cakap Y. Yang mana sebenarnya pendirian awak?”
Kedua, jangan mudah terperangkap dalam permainan emosi. Kekalkan fokus pada isu asal.
Ketiga, periksa diri sendiri juga. Kadang-kadang tanpa sedar, kita pun buat perkara sama. Bila idea kita dicabar, kita lembutkan maksud untuk nampak munasabah.
Berbeza pendapat itu normal.
Tapi berdiri pada hujah yang jelas dan konsisten itu barulah matang.
Dalam dunia hari ini, yang penuh dengan status viral dan debat segera, memahami helah seperti The Motte and Bailey membantu kita jadi pembaca dan pendengar yang lebih kritikal.
Supaya kita tak mudah terpedaya.
Dan supaya perbualan kita di rumah atau di media sosial akan lebih jujur dan bermakna.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.