Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Malas Mandi? Tahniah, Anda Dinobatkan Kawan Baik Syaitan!

Badan mula melekit, rambut dah macam minyak masak boleh perah buat goreng telur, baju entah bila last tukar.... euuwww!

Cuba jujur sikit berapa kali kita pernah rasa, “Alah, hari ni tak mandi pun tak apa kot…”? Duduk rumah je, tak jumpa orang. Esok mandi lah.

Masalahnya… esok tu kadang-kadang jadi lusa. Lepas tu, eh dah 2 hari.

Badan mula melekit, rambut dah macam minyak masak boleh perah buat goreng telur, baju entah bila last tukar. Kita sendiri rasa tak selesa tapi buat tak tahu. Dalam keadaan macam ni, orang tua-tua memang dah lama pesan, kalau kotor, syaitan suka dekat.

Bunyi macam cliché tapi cuba fikir. Bila kita kotor, kita jadi malas. Nak buat apa pun tak ada mood. Nak bangun pun berat apatah lagi nak buat benda baik. Dari situ kita dah bagi laluan VIP untuk perkara negatif masuk dalam hidup kita.

Kita ingat kotor tu sekadar bau je. Sebenarnya lebih daripada tu.

Bila badan tak bersih, emosi pun ikut serabut. Fikiran jadi berat. Mood ke laut. Tiba-tiba semua benda rasa tak kena. Nak marah orang pun senang. Nak buat ibadah? Lagi lah malas.

Padahal benda asas je kot..mandi!

Bila kita segar, badan ringan, fikiran pun jadi lebih clear. Rasa nak buat benda baik tu ada. Nak solat pun tak bertangguh. Nak senyum pun senang. Nampak tak bezanya?

Kebersihan ni bukan soal nampak kemas depan orang je. Ini pasal disiplin diri. Tentang kita hargai diri sendiri atau tak.

Kalau mandi pun liat, jujur lah… benda lain pun confirm ke laut.

Dan bab ibadah, lagi jelas. Nak solat kena bersih. Kalau asyik bertangguh mandi, akhirnya solat pun jadi tangguh. Lama-lama, makin jauh. Masa tu jangan pelik kalau hidup rasa kosong, serabut, tak tenang.

Dekat situlah sebenarnya seseorang mula menjadi kawan baik syaitan. Bukan sebab jahat sangat pun tapi sebab makin jauh daripada benda-benda baik.

Semua start dari benda kecil.

Jadi jangan pandang ringan benda basic. Mandi. Tukar baju. Jaga tempat tinggal. Simple tapi impak dia besar.

Tak perlu tunggu rasa rajin baru nak bersih. Buat je dulu. Lepas mandi, confirm rasa lain. Lebih segar, lebih hidup, lebih “jadi manusia”.

Ingat, bukan syaitan yang kuat sangat.

Kadang-kadang kita je yang bagi peluang… sebab malas mandi.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.