Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Isteri Tunggang ‘Tanggungjawab Suami’ Walhal Pemalas

Isteri sedap melayan media sosial, tapi suami yang green flag tu terkontang-kanting urus rumah sebab terlalu sayangkan isteri. Tak dibuat merajuk pulak.

Cukup-cukuplah kita dimomokkan dengan naratif “suami wajib buat semua kerja rumah” sampai ada isteri yang naik lemak dan hilang urat malu. Memang betul, dalam Islam ada perdebatan tentang tugas domestik, tapi itu bukan lesen besar untuk si isteri goyang kaki macam permaisuri pencen sementara suami separuh mati membanting tulang. Kalau suami dah penat cari rezeki sebagai provider, kemudian balik rumah kena hadap pula timbunan baju kotor dan sinki penuh ulat sebab isteri yang tak ada common sense,itu ambil kesempatan namanya.

Paling menyakitkan hati bila nampak isteri yang sihat walafiat, tak bekerja, tapi segala benda daripada jemur kain sampai ke lipat baju pun nak harapkan suami yang baru balik pejabat. Alasannya? “Suami kena bantu isteri.” Hello, bantu itu maksudnya buat sama-sama, bukannya serah bulat-bulat semua tugas kat dia macam dia tu buruh kontrak tak bergaji. Kadang-kadang isteri sedap melayan media sosial, tapi suami yang green flag itu pula yang terkontang-kanting urus rumah sebab terlalu sayangkan isteri,tak dibuat merajuk pulak.

Lelaki yang penyabar dan menurut kata ini sebenarnya adalah anugerah, bukannya mangsa buli. Jangan ingat dia tak rasa penat fizikal atau mental bila setiap hari dilayan macam kuli batak di rumah sendiri. Bila kita ambil kesempatan atas sifat “malaikat” seseorang,kita sebenarnya sedang membunuh rasa hormat dia terhadap kita secara perlahan-lahan. Jangan pelik kalau satu hari nanti dia tawar hati, bukan sebab dia tak sayang, tapi sebab dia dah penat jadi hamba dalam perkahwinan yang sepatutnya menjadi tempat sama-sama rasa tenang dan berehat.

Perkahwinan ini bukan jalan sehala di mana seorang kena berkorban segalanya dan seorang lagi cuma tahu menuntut hak. Kalau nak layanan kelas pertama,isteri kena tunjuk prestasi kelas pertama juga sebagai pasangan. Berhentilah berselindung di sebalik hujah agama atau hak isteri semata-mata nak halalkan tabiat malas dan mementingkan diri sendiri. Rumah tangga itu akan barakah bila ada rasa ihsan, bukannya bila salah seorang rasa dizalimi dalam diam di bawah bumbung sendiri.

Cartoon gif. Tom from Tom and Jerry wearing a pink ruffly apron and matching bonnet, multitasks, arms and legs moving frantically while dusting and vacuuming and sweeping dirt into a dustpan all at the same time, his face at peace and unworried.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.