Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Ramai Kutuk Kad Kredit Jahat, Padahal Tangan Sendiri Gatal

Guna kad kredit dengan betul sebenarnya menguntungkan sebab memudahkan bayaran dan boleh dapat cashback, asalkan disiplin bayar penuh setiap bulan.

Bila sebut tentan kad kredit, ramai terus fikir benda itu perangkap hutang. Ada yang terus label, “Jangan buat kad kredit, nanti hidup susah.” Hakikatnya, kad kredit itu sendiri bukanlah benda jahat. Yang jadi masalah ialah cara sesetengah orang menggunakannya.

Sama macam pisau. Kalau guna untuk memasak, ia membantu. Tapi kalau salah guna, memang boleh memudaratkan.

Perkara pertama yang penting, kalau mahu menggunakan kad kredit, pilihlah yang Islamik. Ini penting supaya kita lebih tenang dari sudut riba dan urusan kewangan pun lebih patuh syariah. Sekarang pun banyak bank sudah menawarkan pilihan kad Islamik dengan pelbagai manfaat yang baik.

Ramai juga tak tahu sebenarnya kad kredit boleh jadi alat pengurusan kewangan yang bijak jika digunakan dengan disiplin.

Contohnya, tak salah gunakan kad kredit untuk semua pembayaran selagi tempat itu ada terminal kad. Walaupun beli air RM2 atau barang dapur kecil, guna sahaja kad kredit jika memang mahu kumpul cashback atau reward points.

Bayangkan kalau setiap bulan hasil daripada perbelanjaan biasa kita boleh dapat cashback RM40 hingga RM60. Bukan jumlah yang besar sangat tapi tetap duit juga. Siapa nak bagi kalau bukan sistem cashback itu sendiri?

Namun syarat paling penting ialah… bayar penuh setiap bulan.

Inilah bahagian yang ramai gagal buat.

Kalau setiap hujung bulan kita terus bayar full amount daripada statement, kita tak akan dikenakan interest. Maksudnya kita menikmati manfaat kad kredit tanpa menanggung beban faedah yang tinggi.

Masalah mula timbul bila orang anggap kad kredit itu macam duit percuma.

Swipe sana, swipe sini, beli ikut nafsu. Bila sampai masa bayar, baru panik. Lebih bahaya bila membeli dengan harapan “nanti adalah rezeki nak bayar”.

Itu bukan pengurusan kewangan. Itu berjudi dengan masa depan sendiri.

Satu lagi kelebihan kad kredit ialah kemudahan 0% easy payment untuk pembelian besar seperti telefon, laptop atau barangan elektrik. Kalau memang mampu beli secara tunai sekalipun, kadang-kadang lebih praktikal pecahkan bayaran kepada beberapa bulan tanpa interest.

Daripada terus keluarkan RM4,000 sekaligus, kita boleh urus aliran tunai dengan lebih baik melalui bayaran bulanan tanpa caj tambahan.

Kenapa tidak gunakan kemudahan itu jika ia membantu?

Cuma sekali lagi, syaratnya mesti jelas, beli hanya apa yang memang kita mampu. Bukan beli benda mahal semata-mata sebab had kredit masih banyak.

Ramai orang tersilap bila mereka membeli berdasarkan had kredit, bukan berdasarkan kemampuan sebenar.

Akhirnya hutang menimbun, interest bertambah dan kad kredit pula dipersalahkan.

Padahal kad itu cuma alat.

Kalau digunakan dengan disiplin, dibayar penuh setiap bulan dan tidak berbelanja ikut nafsu, sebenarnya kita yang untung. Dapat cashback, dapat reward, boleh urus cash flow dan dalam masa sama elak interest.

Jadi di mana “jahatnya” kad kredit itu?

Sebenarnya bukan kad yang bahaya. Bahayanya datang bila kita hilang kawalan dan mula berbelanja macam semua duit dalam dunia ini milik kita.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.