Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Sakit Hati Orang Tak Kenang Budi? Ini Penawar Paling ‘Deep’

Jangan biarkan manusia toksik buat anda berhenti buat baik. Ini rahsia untuk kekal tenang dan positif walaupun kebaikan kita langsung tak dihargai.
man in white and blue crew neck t-shirt

Pernah tak mengeluh dalam hati…“Penatlah selalu beralah dan jadi orang baik. Alih-alih, hati kita juga yang terluka.” ?

Manusia mana yang tak terasa, kan? Kita mudahkan urusan orang tapi jangankan dihargai, ucap terima kasih pun tidak. Malah, ada kalanya kebaikan kita dibalas pula dengan kejahatan. Sebagai manusia yang lemah, tipulah kalau emosi kita tak teruji. Rasa nak give up dan tutup pintu hati terus daripada tolong orang pun ada.

Waktu Untuk ‘Self-Reflection’

Bila rasa negatif mula menyelubungi diri, itulah waktu terbaik untuk kita duduk sebentar dan buat self-reflection. Tanya pada diri sendiri dengan jujur: Kita buat semua kebaikan ni sebenarnya kerana apa? Kalau jawapannya adalah kerana Allah, kita tak perlu kecewa bila manusia tak hargai.

  • Bila niat kita paksi kepada Allah, kita sepatutnya mengharapkan ganjaran daripada-Nya iaitu pahala dan syurga. Pastikan itu matlamat kita yang sebenar.
  • Manusia ni asbab je atau ‘watak sampingan’ dalam ujian hidup kita. Respons mereka sama ada baik atau buruk, itu urusan mereka dengan Tuhan. Urusan kita adalah menjaga kualiti amal kita sendiri.
Melawan Bisikan Negatif

Memanglah waktu hati tengah terluka dan penat, bukan senang nak paksa otak berfikir waras dan positif. Sifat semula jadi kita akan rasa nak marah dan merajuk. Namun, di titik genting itulah kita kena lawan diri.

Sentiasa ingatkan hati yang kita buat kebaikan ni sebenarnya untuk pelaburan diri kita sendiri di akhirat nanti. Bila kita alihkan fokus daripada pandangan manusia kepada pandangan Allah, automatik jiwa akan rasa jauh lebih tenang. Kita sedang membina journey peribadi kita dengan Allah.

“Ingat semula niat asal kita… buat sesuatu kerana Allah. Jadi, insya-Allah, tiada apa yang mampu menghalang atau menjatuhkan kita.”

Jangan pernah putus asa untuk menjadi orang yang baik dan terus menabur kebaikan. Biarlah dunia tidak melihat, asalkan nama kita meniti di langit. Ganjaran yang menanti di akhirat nanti pastinya jauh lebih manis dan abadi. Be strong, ya!

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.