Dengar playlist penuh di sini
.
Ramai suami mengaku,apabila isteri kerap membebel atau meleret-leret menegur perkara yang sama berulang kali, suami mula rasa “turn off” dan hilang mood untuk bermanja-manja atau mendekati isteri secara fizikal. Persoalannya, adakah ini sekadar alasan lelaki untuk mengelak tanggungjawab, atau memang ada asas psikologi di sebaliknya?
Menurut pakar hubungan dan kaunselor perkahwinan, tekanan berterusan seperti bebelan yang kerap sememangnya boleh menjejaskan keinginan seseorang untuk melakukan hubungan intim. Ini kerana otak manusia sukar beralih terus daripada mod “sakit hati” , “makan hati” kepada mod “bermesra” dalam masa yang singkat. Apabila suami rasa dikritik atau ditekan berterusan, tubuh secara semula jadi melepaskan hormon tekanan seperti kortisol, dan ini boleh menekan hormon yang berkaitan dengan keinginan seksual. Justeru bukan sesuatu yang pelik jika suami yang baru sahaja “kena tembak” dengan pelbagai teguran tiba-tiba jadi malas untuk manja-manja.
Namun begitu, penting untuk difahami bahawa bebelan seorang isteri jarang berlaku tanpa sebab. Selalunya ia adalah tanda bahawa isteri rasa tidak didengari, kurang dihargai, atau keperluannya diabaikan dalam rumah tangga. Bebelan sebenarnya adalah bentuk komunikasi, cuma cara penyampaiannya sering kali tidak berkesan dan boleh menyinggung perasaan pasangan. Jika suami hanya fokus kepada “turn off” tanpa cuba memahami punca isteri membebel, masalah sebenar tidak akan selesai, dan kitaran ini boleh berulang berterusan.
Pakar turut menasihatkan supaya kedua-dua pihak bertanggungjawab dalam situasi ini. Bagi isteri, cuba sampaikan kebimbangan atau ketidakpuasan hati secara tenang dan pada masa yang sesuai, bukan secara berulang-ulang atau ketika emosi memuncak, kerana ini lebih berkesan dan kurang berkemungkinan membuatkan suami rasa diserang dan tidak dihormati. Bagi suami pula, cuba dengar dan fahami apa yang cuba disampaikan isteri sebelum terus “turn off”, kerana selalunya di sebalik bebelan itu ada rasa sayang dan harapan yang tidak mampu lagi disampaikan dengan cara yang lebih lembut.
Ramai kaunselor turut mencadangkan pasangan meluangkan masa berbual berdua tanpa gangguan, membincangkan perkara yang mengganggu fikiran sebelum ia bertimbun menjadi bebelan berpanjangan. Rumah tangga yang sihat bukan bermakna tiada konflik langsung, tetapi bagaimana pasangan menguruskan konflik itu dengan cara yang tidak menjejaskan kemesraan dan keintiman antara mereka. Bila komunikasi diperbaiki, biasanya suasana “panas” dan “sejuk” ini turut reda dengan sendirinya. Apa kata cik abang bawak cik akak kita honeymoon balik, tinggal la anak-anak kejap, mungkin isteri burnt out fizikal dan mental. Mana tau, “hangat” macam baru-baru kahwin pulak. Good luck!!!

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.