Dengar playlist penuh di sini
.
Ramai orang salah faham bila seseorang tu asyik tolak peluang untuk mula hubungan baru atau fikir pasal kahwin. Selalu orang cakap, itu tandanya dia tak nak berkahwin, atau dia terlalu memilih. Padahal bukan semua macam tu. Ada yang bukan tak nak, tapi dia takut. Takut sebab dia rasa dia belum layak bagi hati yang baru itu cinta dan sayang yang sepatutnya dia dapat.
Sebab perpisahan dengan kekasih sebelum ini yang dia lalui bukan atas pilihan sendiri. Bukan dia yang nak berhenti, bukan dia yang nak lepaskan. Tapi keadaan yang memaksa dua insan tu berpisah, walaupun cinta tu sendiri masih ada. Bila perpisahan jenis ni yang berlaku, luka dia lain sikit dari perpisahan biasa. Sebab dalam hati masih ada ruang yang berdoa, masih mengharap satu hari nanti akan disatukan semula dengan yang lama tu.
Jadi bila orang cakap sepatutnya dah boleh move on, dia sendiri pun tak dapat jelaskan kenapa hati dia masih tersangkut di situ. Bukan dia degil nak berpegang pada masa lalu, tapi cinta yang dia rasa tu memang belum habis, dan sesuatu yang belum habis memang susah nak dipaksa lupus begitu saja.
Sebab tu bila dia fikir pasal berkahwin dengan orang baru, dia rasa risau. Risau kalau dia bawa hati yang masih terikat dengan orang lain masuk ke dalam hubungan baru, tu tak adil untuk pasangan barunya nanti. Sebab pasangan baru tu berhak dapat cinta yang penuh, bukan cinta yang separuh, apatah lagi kalau hati sebenarnya masih menanti orang lain kembali. Dia risau nanti dia sendiri berdosa, sebab menikah dengan seseorang sedangkan hati masih milik orang lain, itu bukan sesuatu yang boleh dia pandang ringan.
Jadi keputusan dia untuk tunda dulu bukan sebab dia lari dari tanggungjawab atau nak main main dengan perasaan orang. Sebaliknya, ia datang dari rasa hormat yang tinggi terhadap konsep pernikahan itu sendiri. Dia nak bila dia masuk dalam ikatan tu nanti, dia betul betul mampu berikan yang terbaik, bukan sekadar mengisi kekosongan sementara sambil hati masih di tempat lain.
Kalau anda kenal seseorang yang sedang dalam fasa macam ni, cuba faham dulu sebelum menghukum. Bukan semua orang yang lambat move on tu sebab degil atau tak matang. Kadang, itu cara dia tunjuk dia hargai konsep cinta dan pernikahan dengan sepenuh hati, dan dia cuma tunggu masa yang betul untuk hati dia betul betul sedia melangkah ke fasa yang baru.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.