Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Kenapa Cerita “Kahwin Jin” Tak Pernah Lapuk Dimakan Zaman

Ada juga yang kaitkan fenomena ni dengan orang yang tiba-tiba jadi susah dapat jodoh atau yang asyik gagal dalam hubungan tanpa sebab jelas.

Pernah dengar cerita pasal orang yang kahwin dengan jin? Mungkin dari mulut nenek, makcik kampung, atau cerita viral kat TikTok yang buat bulu roma anda tegak pada tengah malam. Kepercayaan ni bukan baru timbul,tapi ia dah lama wujud dalam masyarakat Melayu, diwarisi turun-temurun, dan sampai sekarang masih jadi topik yang buat ramai terus dengar walaupun takut.

Dalam kepercayaan tradisional Melayu, jin dianggap makhluk yang hidup dalam dimensi berlainan tapi boleh berinteraksi dengan manusia dalam keadaan tertentu. Konsep “kahwin dengan jin” biasanya dikaitkan dengan seseorang yang dipercayai mempunyai ikatan ghaib dengan makhluk halus sama ada melalui amalan tertentu, warisan keluarga, atau peristiwa luar biasa yang tak dapat dijelaskan secara logik.

Kenapa cerita macam ni boleh jadi sepopular ni? Sebabnya simple, ia sentuh benda yang manusia memang tak pernah betul-betul faham iaitu alam ghaib. Bila ada sesuatu yang tak dapat dijelaskan, penyakit misteri yang tak sembuh-sembuh, tingkah laku pelik seseorang, atau nasib yang berubah secara mendadak, masyarakat selalu cari penjelasan, dan kepercayaan macam ni jadi salah satu cara untuk “memahami” benda yang di luar logik akal.

Ada juga yang kaitkan fenomena ni dengan orang yang tiba-tiba jadi susah dapat jodoh, atau yang asyik gagal dalam hubungan tanpa sebab jelas. Lalu timbullah spekulasi “jangan-jangan ada jin yang cemburu” atau “kena buang jin tu dulu baru boleh kahwin manusia.” Cerita-cerita macam ni cepat tular sebab ia macam jawapan kepada persoalan yang sukar dijawab secara rasional.

Dari sudut pandang agama, ramai ustaz dan tok guru menasihatkan supaya berhati-hati dengan kepercayaan begini. Islam mengajar yang jin memang wujud sebagai makhluk Allah, tapi konsep “berkahwin” dengan jin bukan sesuatu yang disyariatkan atau digalakkan malah dianggap sebagai amalan yang boleh membawa kepada syirik atau perbuatan yang menyimpang dari ajaran sebenar, kerana ia melibatkan pergantungan kepada perkara ghaib selain Allah.

Yang menariknya, walaupun ramai yang skeptikal, cerita-cerita begini tetap relevan dalam budaya kita sampai sekarang ditayangkan dalam filem seram, jadi bahan viral TikTok, malah jadi topik perbualan semasa majlis di kampung. Ada yang ambil serius, ada yang anggap ia sekadar mitos dan warisan cerita rakyat.

Tapi sama ada nak ercaya atau tidak, cerita berkahwin dengan jin ni mencerminkan satu benda, manusia memang sentiasa cuba cari makna di sebalik benda yang tak dapat difahami. Dan dalam dunia yang makin moden ni, kepercayaan lama macam ni rupanya masih ada tempat dalam hati ramai orang Melayu, sebagai sebahagian daripada identiti budaya yang sukar dipisahkan.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.