Dengar playlist penuh di sini
.

Pernah tak mengeluh dalam hati…“Penatlah selalu beralah dan jadi orang baik. Alih-alih, hati kita juga yang terluka.” ?
Manusia mana yang tak terasa, kan? Kita mudahkan urusan orang tapi jangankan dihargai, ucap terima kasih pun tidak. Malah, ada kalanya kebaikan kita dibalas pula dengan kejahatan. Sebagai manusia yang lemah, tipulah kalau emosi kita tak teruji. Rasa nak give up dan tutup pintu hati terus daripada tolong orang pun ada.
Bila rasa negatif mula menyelubungi diri, itulah waktu terbaik untuk kita duduk sebentar dan buat self-reflection. Tanya pada diri sendiri dengan jujur: Kita buat semua kebaikan ni sebenarnya kerana apa? Kalau jawapannya adalah kerana Allah, kita tak perlu kecewa bila manusia tak hargai.

Memanglah waktu hati tengah terluka dan penat, bukan senang nak paksa otak berfikir waras dan positif. Sifat semula jadi kita akan rasa nak marah dan merajuk. Namun, di titik genting itulah kita kena lawan diri.
Sentiasa ingatkan hati yang kita buat kebaikan ni sebenarnya untuk pelaburan diri kita sendiri di akhirat nanti. Bila kita alihkan fokus daripada pandangan manusia kepada pandangan Allah, automatik jiwa akan rasa jauh lebih tenang. Kita sedang membina journey peribadi kita dengan Allah.
“Ingat semula niat asal kita… buat sesuatu kerana Allah. Jadi, insya-Allah, tiada apa yang mampu menghalang atau menjatuhkan kita.”
Jangan pernah putus asa untuk menjadi orang yang baik dan terus menabur kebaikan. Biarlah dunia tidak melihat, asalkan nama kita meniti di langit. Ganjaran yang menanti di akhirat nanti pastinya jauh lebih manis dan abadi. Be strong, ya!
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.